Thursday, December 24, 2009

GAMBAR TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA

Jonker Walk


Masa untuk Mencari Harta Karun!

Bila anda berada di Melaka, jangan lupa untuk membeli cenderahati. Rugi sekiranya anda melawat tempat yang menarik tanpa membawa balik sebarang kenangan yang boleh disentuh dan boleh diceritakan kepada yang lain. Kata orang, sekeping gambar menceritakan seribu perkataan. Jadi, berapa banyak yang boleh cenderahati itu ceritakan? Mungkin lebih banyak dari yang disangkakan? Tepat sekali. Kami mahu anda membawa balik cenderahati ke tanah air anda untuk mengingatkan anda tentang Melaka dari semasa ke semasa.

Oleh kerana Melaka terkenal dengan barangan antiknya, anda perlu berjalan di Jonker Walk, yang terkenal dengan barangan antik, untuk mendapatkan barangan antik dengan harga yang murah. Anda boleh mencari sesuatu dari masa lampau kepada koleksi kipas dekoratif, kraftangan dan bakul bertingkat Baba. Deretan kedai-kedai antik akan menarik perhatian anda sepanjang hari. Anda akan terpukau dengan pemeliharaan yang cermat keatas barangan zaman silam dan terpegun dengan perjalanan sejarahnya.
Membeli-belah di Melaka memberi anda suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Samada anda membeli-belah di kedai di tepi jalan ataupun di kompleks membeli-belah, anda akan menjumpai dengan banyak cenderahati dan barangan lain dengan harga yang berpatutan.


Kenderaan Awam
Bas Bandar No 17
Anda juga boleh menaiki teksi dengan menghubungi +606-284 7163 kerana tiada tempat menunggu teksi di jalan yang sibuk ini

Waktu operasi:
Waktu operasi kedai-kedai di sini berbeza tetapi pada amnya, dari hari Isnin hingga ke Khamis, kedai-kedai dibuka ada jam 10 pagi hingga 6 petang dan dari hari Jumaat hingga Ahad, banyak kedai dibuka sehingga jam 10 malam. Kedai-kedai makan buka dari jam 10 pagi hingga 11 malam. Jalan disini menjadi pasar malam setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 6 petang hingga ke tengah malam.

Kedai-kedai yang terdapat di Jalan Jonker:

1. Syarikat Abdul
No. 79, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
No 93, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
Tel: +606-284 8518
2. Ancient Curio Store
No.70 Jalan Hang Jebat
75200 Melaka
Tel: +606-284 8586
3. Fatimah Antik Stor
No. 46, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
4. K&S Antiques House
No. 22 Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
5. Kowloon Antiques Shop
No. 38, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
6. Malacca Junk Store
No. 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
7. Tian Wai Antiques & Art
Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka